27 Ogos 2008

Rang Undang-Undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara - Sambungan Perbahasan

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA 2008

Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Sebuah-buah Majlis .“ [25 Ogos 2008]

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Minta Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti menjawab Fasal 12 (Pindaan).

11.35 pg.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Pengerusi, saya ingin sebut di sini tentang apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat dari Wangsa Maju. Pindaan ini tidak kait mengait dengan peranan ahli-ahli anggota lembaga. Walaupun antara seseorang anggota lembaga itu adalah wakil daripada pengilang. Ini bukan bermaksud pihak pengilang, semua pengilang atau mana-mana pengilang akan diberi perlindungan di bawah seksyen atau fasal 12 itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]

Jikalau seseorang pengilang dilantik sebagai seorang ahli lembaga, itu bermakna beliau daripada peranan ahli lembaga itu tidak boleh didakwa atau disaman atas apa-apa yang wakil itu buat sebagai ahli lembaga. Bukan daripada segi peranannya sebagai pengilang. Sebagai pengilang, beliau boleh disaman atau didakwa oleh mana-mana pihak dan itu sajalah yang saya nak jawab tentang apa yang dihuraikan oleh Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat ...Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi, boleh ke saya meminta

penjelasan?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Menteri dah jawab Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sudah jawab?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dah jawab dah.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Menteri dah habis jawab Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas

pindaan hendaklah dipersetujukan. Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan. Diputuskan, Fasal 12 Rang Undang-undang dipinda dengan memotong perkataan

“keabaian, keingkaran”.

Fasal 12 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 13 – Pindaan: Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat Menteri.Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Tuan Pengerusi, seperti yang tertera dalam

notis, saya ingin memohon mencadangkan pindaan terhadap fasal 13 iaitu baris 7 selepas perkataan, ‘olehnya’ untuk memotong perkataan-perkataan, ‘dengan suci hati sahaja’. Ini bermakna baris 7 itu akan berbunyi dan saya baca ‘Dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang ...’ Tuan Pengerusi, pindaan ini hanya terlibat dengan versi bahasa Malaysia manakala tidak ada apa-apa pindaan bagi versi bahasa Inggeris. Pindaan ini akan mengelakkan apa jua yang dianggap sebagai percanggahan jika pindaan ini tidak diadakan terhadap fasal 13 dalam versi bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, versi bahasa Inggeris adalah betul dan tidak perlu ada apa-apa pindaan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam kertas pindaan yang telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas.

[Tiada perbahasan]

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

Pindaan dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan.

Diputuskan,

Dalam teks bahasa kebangsaan, fasal 13 Rang undang-undang dipinda dengan

memotong perkataan ‘dengan suci hati’.

Fasal 13 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal-fasal 14 hingga 25 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 26 – Pindaan:

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat Menteri. .1140

Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Pengerusi,seperti yang tertera dalam notis, saya ingin memohon mencadangkan pindaan terhadap fasal 26(3) iaitu untuk memasukkan selepas perenggan (b), satu perenggan baru selepas perenggan (c) dan perenggan baru ini adalah seperti yang tertera dalam notis dan izinkan saya membacanya “Iaitu untuk membiayai apa-apa aktiviti yang berhubung dengan kawalan tembakau”.

Tuan Pengerusi, pindaan ini adalah perlu untuk mencerminkan usaha-usaha kerajaan untuk menyokong FCTC. Pindaan ini bermakna Kumpulan Wang Ses itu boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kawalan tembakau. Sekian.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera dalam kertas pindaan telah dibentangkan sekarang ini terbuka untuk dibahas. Sila, Yang Berhormat Wangsa Maju.

11.41 pg.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Pindaan ini saya rasa kalaulah diluluskan Tuan Pengerusi, ini akan bercanggah dengan peranan Kementerian Kesihatan.

Pada masa sekarang semua artikel di bawah WHO Framework Convention on Tobacco Control adalah diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan. Kita mesti faham bahawa Framework Convention on Tobacco Control ini untuk suppress dengan izin industri tembakau. Saya rasa lebih tepat kita meletakkan pelaksanaan Framework Convention on Tobacco Control ini di bawah Kementerian Kesihatan. Oleh kerana Kementerian Kesihatan lebih arif dalam soal kesihatan. Selalunya kita nampak beberapa kempen yang dilancarkan terhadap anti-smoking dengan izin dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan, seperti yang saya katakan tadi. Kementerian Kesihatanlah yang tepat sekali menjaga kesihatan negara, bukannya di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri.

Sekarang ini kalaulah kita ada pindaan ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, siapakah yang akan mengawal mengenai tobacco control ini di Framework Convention on Tobacco Control? Sedangkan dalam lembaga itu ada seorang representative daripada industri tobacco. Saya memang boleh kata dengan terus terang di sini, representative industri tembakau ini dalam lembaga ini, memang tidak akan menjaga kesihatan, oleh kerana kepentingan mereka adalah untuk menggalakkan aktiviti dan juga produk tembakau. So, kalau kita ada pindaan ini pula, sekarang ini kita ada pindaan ini, mereka hendak menjaga aktiviti tembakau. Saya rasa tidak mungkin. Industri tembakau memang dia akan menggalakkan produk-produk tembakau. Apa yang kita boleh nampak malam-malam ataupun petang pergi ke kedai kopi untuk promote industri tembakau ini, untuk promote produk-produk tembakau.

Jadi saya rasa, saya tidak fahamlah dengan kementerian ini. Kenapakah terus hendak jaga industri tembakau? Akta Kenaf ini untuk gantian tanaman tembakau. Kita nampak ini satu fasal, demi satu fasal untuk jaga kepentingan industri tembakau. Apabila kita tengok di sini 26(3)(b) to finance research and development on tobacco. Sedangkan kita hendak ada satu tanaman gantian tembakau. Di sini kita hendak galakkan, kita hendak finance research development atas tobacco dan sekarang ini kita hendak buat kawalan pula. Saya rasa ini akan bercanggah. Saya harap Yang Berhormat Menteri silalah tengok dalam...

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Minta penjelasan Yang Berhormat. Bersetujukah atau tidak dengan pandangan saya bahawa kerajaan tetap juga seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri bahawa, kerajaan tidak akan menghapuskan industri tembakau ini. Walaupun kenaf sebagai cadangan tanaman gantian, ini sudah pun menunjukkan berlakunya percanggahan contradict antara hasrat untuk membasmikan ataupun mengurangkan penggunaan tembakau. Akan tetapi dalam masa yang sama juga, saya ingat kerajaan hendak mengambil kesempatan daripada industri tembakau ini supaya kerajaan boleh memungut cukai daripada industri tembakau ini. Sebab industri tembakau ini akan melahirkan khususnya perokok-perokok. Perokok-perokok ini bila sampai kepada hard core penagih, dia sukar untuk berhenti. Apabila dia sukar untuk berhenti, mungkin dalam bajet akan datang ini kerajaan akan menaikkan cukai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...cukai rokok. Penagih ini, oleh kerana dia hendak hisap rokok, dia kena hisap juga. Jadi kerajaan akan dapat duit, bukan berhasrat untuk mengurangkan penggunaan rokok itu sendiri.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju, kita dalam peringkat Jawatankuasa, perkara-perkara yang telah Yang Berhormat bangkitkan dalam perbahasan dalam peringkat dasar telah pun dijawab oleh kementerian. Saya lebih suka Yang Berhormat tumpukan kepada pindaan 26 sahaja.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya faham. Tuan Pengerusi, kerana Yang Berhormat Menteri hendak buat satu pindaan, so sekarang ini kita berbahas dengan pindaan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah. Khusus untuk 26 Yang Berhormat. Jadi cadangan Yang Berhormat untuk mengkaji semula seksyen 26, yang itu mesejnya kan?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, sebab itu... Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Itu yang disampaikan kepada menteri. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu yang saya hendak sampaikan... Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah hendak berbalik kepada

perbahasan dasar...

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Kita kena beri alasan. Bukannya kita hendak elaborate. Tuan Pengerusi mesti faham, kita kena elaborate. Kita kena beri alasan. Kita tidak boleh kata kita menentang itu sahaja. Itu tidak bertanggungjawab. Saya rasa Menteri Dalam Negeri pun....

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, elaboration Yang Berhormat pun telah dijawab oleh menteri...

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Belum jawab...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: ..ketika menggulung peringkat dasar Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Bukan peringkat dasar. Kita hendak...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak Yang Berhormat...

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: ... kita hendak sedikit penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Butiran, elaboration Yang Berhormat ini telah pun Yang Berhormat kemukakan ketika berbahas di peringkat dasar dan telah pun dijawab oleh menteri ketika menggulung pada peringkat dasar Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, sekarang ini Yang Berhormat Menteri membuat satu pindaan. So sekarang ini kita berbahas atas pindaan ini dari segi apa yang kita menentang dan apa yang kita tidak bersetuju. Kita tidak boleh kata di sini kerana kita tidak bersetuju. Kita mesti beri alasan kenapa kita tidak bersetuju dengan pindaan yang baru ini. Di mana kementerian hendak mengambil alih kedudukan dan juga kuasa-kuasa daripada Kementerian Kesihatan, itu yang penting. Kita tidak bersetuju atas alasan itu di mana kementerian ini yang tidak menjaga kesihatan negara kita akan mengambil alih kuasa-kuasa dan peranan Kementerian Kesihatan [Disampuk] Ini perokok-perokok ini semua ini, hendak hisap rokok sahaja. Dia hendak hisap rokok, tidak apalah Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskanlah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: So, saya rasa Tuan Pengerusi, mengelirukan Dewan ini apabila Tuan Pengerusi mengatakan kita tidak boleh cakap berkenaan dengan perkara ini. Apa yang saya sebut...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, jangan cakap mengelirukan Dewan. That’s an accusation tau. Saya cuma perjelaskan perkara-perkara Yang Berhormat hendak kemukakan semula telah pun Yang Berhormat bawa ketika berucap satu jam lebih pada peringkat dasar dan telah pun dijawab oleh menteri. Soalnya sama ada Yang Berhormat hendak terima alasan menteri itu soal lain, tetapi jangan menuduh saya pesongkan Dewan, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tidak, tidak saya cuma kata kelirukan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Itu isu yang berbeza. Pesongkan Dewan, satu isu yang berbeza.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya kata mengelirukan kerana di sini kita berbahas...

■1150

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak mahu berbahas dengan Yang Berhormat. Saya cuma menjalankan tugas saya seperti yang dikehendaki dalam peraturan mesyuarat. Okey Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menegaskan di sini bahawa kita bertanggungjawab, bila kita menentang, kita berbahas, kita kena beritahu Yang Berhormat Menteri bahawa kenapakah kita menentang ataupun kenapakah kita buat cadangan. Kita tidak boleh duduk di sini kata kita menentang sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: I’ve allowed you to speak on that. Tu n Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Oh thank you.Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya telah pun beri kamu kebebasan.

Yang Berhormat telah pun katakan bahawa ini bertentang dengan akta kesihatan, kempen merokok dan sebagainya, telah pun kamu bahaskan.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan di sini dan keadaan yang sedemikian, bagaimanakah kedudukan Kementerian Kesihatan dalam perkara ini. Sama ada sekarang ini Kementerian Kesihatan telah tidak bertanggungjawab mengenai dengan fasal-fasal ataupun artikel di bawah FCTC ini. Sekarang artikel ini telah diambil alih, peranan ini telah diambil alih oleh kementerian Yang Berhormat Menteri. Kalau kementerian ini telah mengambil alih peranan mengenai dengan FCTC ini, saya rasa saya boleh cakap di sini dengan jelas bahawa FCTC ini sudah jadi satu dokumen yang tidak guna lagi oleh sebab saya percayai bahawa lembaga ini tidak akan menjaga kesihatan negara kerana mereka ada salah seorang dari industri tembakau.

Saya harap Yang Berhormat Menteri mengkaji, berfikir baik-baik mengenai perkara ini kerana ini satu yang amat serius dan janganlah mengambil alih peranan dan kuasa ini daripada Kementerian Kesihatan. Kalau kementerian Yang Berhormat mengambil alih kuasa ini, saya rasa kedudukan negara Malaysia di antarabangsa akan terjejas. Saya rasa NGO-NGO antarabangsa akan ambil tindakan dan mencemarkan nama Malaysia terhadap tobacco control. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasihlah Yang Berhormat kerana saya pun perhatikan Yang Berhormat memang prihatin tentang FCTC in. Saya sudah sebut dalam huraian saya tadi iaitu seksyen 26(3)(c) yang saya hendak tambahkan itu ialah untuk menyokong FCTC dan bukan hendak bercanggah dengan FCTC. Ini bermakna melalui Artikel 26, FCTC di mana dia sebut financing. Seksyen yang baru ini mempunyai peruntukan di mana kumpulan wang ses itu boleh dikeluarkan untuk menyokong FCTC untuk membiayai aktiviti di bawah FCTC. Itu sekali gus menunjukkan bahawa akta ini tidak bercanggah atau tidak mengambil alih apa sahaja aktiviti yang dikendalikan FCTC. Itulah jawapan saya dan apa sebabnya Yang Berhormat ini tidak faham?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Minta penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya hendak minta tanya Yang Berhormat Menteri di mana Yang Berhormat Menteri mengatakan wang ses ini digunakan untuk melaksanakan artikel-artikel di bawah FCTC sama ada wang ses ini akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan. So, kalaulah wang ses ini akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat mesti buat satu kajian yang baik, yang tepat dalam akta ini untuk mengeluarkan bahawa wang ses ini akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan dan juga mesti juga masuk dalam akta ini bahawa semua pelaksanaan dan peranan mengenai dengan FCTC akan dijalankan ataupun di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan.

Kalau ada fasal sedemikian dalam rang undang-undang ini memang baik. Kita bukannya menentang Rang Undang-undang Kenaf ini, kita semua setuju. Cumanya, kita menentang fasal-fasal yang menggalakkan produk tobacco iaitu rokok. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Yang Berhormat, pendek katalah, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan. Peruntukan dalam akta ini kita sebut, wang itu akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan, tidak perlu begitu. Hanya kita katakan kumpulan wang ses ini salah satu kegunaan wang itu adalah untuk menyokong ini, tobacco control, kawalan tembakau. Dia punya perkataan pun sama Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat, mana sama?

Datuk Peter Chin Fah Kui: Sebab itulah saya sebut jangan khuatirlah.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasihlah Yang Berhormat Menteri. Memang kita khuatir oleh sebab tidak ada perkataan yang sedemikian dalam rang undang-undang ini. Bila dia tidak ada, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat atau perjanjian Yang Berhormat di sini, boleh kata satu omong kosong kerana bila undang-undang ini diluluskan di sini, kalaulah wang ses ini tidak disalurkan kepada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kesihatan tidak boleh buat apa-apa, rakyat Malaysia pun tidak boleh buat apa-apa oleh sebab tiada peruntukan sedemikian dalam rang undang-undang ini. Kalaulah kementerian memang serius dan juga menjunjung kepada FCTC ini, memang kementerian mesti taruk, buat pindaan dalam akta ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu yang penting saya harap Yang Berhormat Menteri boleh beri penjelasan yang tepat bagaimanakah saluran kalaulah hendak beri kepada Kementerian Kesihatan mengenai dengan wang ses ini, bagaimana saluran ini akan dilaksanakan? Ini penting, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat. Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jawablah.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan di atas dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Fasal 26 sebagaimana dipinda diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Fasal 27 hingga 106 - Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, silakan.

11.58 pg.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan saya peluang untuk berbahas. Saya ingin merujuk kepada fasal 39. Di sini juga saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil perhatian dalam perkara ini di mana licensing, approval dan certificate of authorization. 39(1)(h) - manufacture tobacco or tobacco product.

Ini juga tidak tepat, ini juga bercanggah dengan prinsip-prinsip di bawah FCTC. Itu juga, manufacture tobacco, tobacco product, sedangkan dalam kenaf ini kita hendak buat satu gantian tanaman. Jadi sekarang hendak buat lesen, jadinya kementerian ini menyokong untuk manufacture dan juga tobacco product. Di sini juga...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju, perbahasan pada peringkat jawatankuasa, dia padat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya faham.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tunggu Yang Berhormat. Yang Berhormat ini berucap seolah-olah Yang Berhormat ingin 39(1)(h) ini ditiadakan dalam rang undang-undang. Kalau itu niat dan hajat Yang Berhormat, Yang Berhormat harus kemukakan melalui usul sebelum pada peringkat yang kita bincangkan sekarang ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, sekarang ini saya hendak beri penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, kita ada peraturan. Kalau Yang Berhormat hendak ditiadakan peraturan ini, Yang Berhormat harus kemukakan dalam bentuk usul sebelum perbahasan Dewan. Usul Yang Berhormat itu akan kita circular kan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk dibahaskan, itu prosedur Yang Berhormat. Jangan pada peringkat ini, seolah-olah Yang Berhormat berucap hendak ditiadakan seksyen ini.

■1200 Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, saya... Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ini bukan perbahasan pada peringkat

jawatankuasa. That part you have to understand Yang Berhormat. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No! Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Okey. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya hendak minta penjelasan. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya! Jangan... Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya hendak minta penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, jangan berucap seolah-olah Yang Berhormat hendak mencadangkan sekarang untuk membina usul ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Straight to the point. You can talk. Yang Berhormat, boleh berbahas tetapi jangan hajat Yang Berhormat itu...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Yang Berhormat Wangsa Maju tak faham peraturan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Jangan hajat Yang Berhormat itu hendak tiadakan seksyen in pada peringkat ini.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi di sini atau di sana, Yang Berhormat Batu Pahat?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tak payah layan dia Yang Berhormat. Kita sedang bercakap.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No! Sebab dia kacau. Saya ingat Tuan Pengerusi di sini pula.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: I’m not taking issue. Yang Berhormat saya tidak ada apa-apa against Yang Berhormat tetapi saya cuma duduk sini untuk melicinkan perjalanan mesyuarat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, saya faham. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Okey. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya faham Tuan Pengerusi. Saya hendak

minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai dengan fasal ini. Fasal 39 (h) – Manufacture tobacco or tobacco product ini.

Apakah ini makna? So, kita mesti dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sebelum kita hendak menyokong, Tuan Pengerusi. Bukan saya hendak cakap soal dasar Tuan Pengerusi. Oleh kerana, saya kena beri latar belakang bahawa FCTC kita hendak hapuskan tobacco industries ataupun to separate dengan izin tobacco industry. Itu saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, cukup Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Apa itu makna manufacture tobacco ataupun tobacco product dan (j) – distribute tobacco or tobacco product. Kalau kita tengok maknanya, tobacco product di (h), tobacco product dan juga (j) – tobacco product, ini bermakna “tobacco product” means any cigarette or cigar or any other form of products originated from tobacco including any mixture containing tobacco which is designed for human consumption but excludes any medicinal product controlled under the Poisons Act 1952 [Act 366] or the Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984.

So, tobacco product ini not for medicine value. Itu yang saya hendak tahu daripada Yang

Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Okey, cukup. Ya, cukup Yang Berhormat. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Nantilah Tuan Pengerusi. Sebab fasal ini

sampai 100 ini. Ini ada banyak lagi dan Fasal 69, saya tak fahamlah Tuan Pengerusi, kalau kita

hendak street to the true ini kalau hendak, saya tahu Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri... Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Menteri boleh pergi Permatang Pauh dulu. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: ...Dia hendak pergi Permatang Pauh. Ya. Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Syed Hamid Albar]: [Menyampuk] Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Ketawa] Ahli-ahli Yang Berhormat, itu, itu.

Tengok! Yang Berhormat Menteri dia tak boleh tahan. Sebab dia nanti hendak DNA, DNA, DNA

sahaja. Nantilah Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bawa tilam mari sini. Dato' Seri Syed Hamid Albar: Yang Berhormat, Yang Berhormat cakap sengaja untuk

buang masa bukan menggunakan masa dengan baik. [Ketawa] Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu sangkaan jahat. Dato' Seri Syed Hamid Albar: Bukan sangkaan jahat. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi, Standing Order 36(6). Itu

sangat... Dato' Seri Syed Hamid Albar: Yang Berhormat cakap dengan DNA itu dengan niat

jahat juga. [Ketawa] Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Ketawa] Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Yang Berhormat Wangsa Maju memang

niat jahat. Dato' Seri Syed Hamid Albar: Dia niat jahat sentiasa. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, ringkaskan Yang Berhormat. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ringkaskanlah Yang Berhormat. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Batu Pahat hendak kacau.

Hendak habiskan masa Dewan sahaja Yang Berhormat Batu Pahat ini. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia juga hendak Yang Berhormat

ringkaskan itu. Ringkaskan. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tak! Dia selalu hendak... Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: TV keluarlah. [Ketawa] Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dia nak buat perlahan... Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Dia pergi Permatang Pauh.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pun sudah marah. Nanti awak keluar Dewan, Yang Berhormat Batu Pahat mesti kena punya. So, dia kacau saya, saya lupa habis dah.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Fasal 69 (b). Di sini saya memetik 69 (1)(b) – The Director General may ataupun any time direct that any kenaf, kenaf product, tobacco or tobacco product seized under this Act be sold and the proceeds of the sale be held while waiting for the result of any prosecution under this Act where;

(a) the kenaf, kenaf product. Tobacco or tobacco product is of a perishable nature or easily deteriorates in quality;

(b) the custody of the kenaf, kenaf product, tobacco or tobacco product involves unreasonable expense and inconvenience; dan

(c) tobacco or tobacco product.

So, ini juga saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kenapakah hendak kawal tobacco product dan di sini 69(b), kita bercakap juga mengenai dengan tobacco product. Sama ada ini kita hendak menggalakkan tobacco product seperti rokok ataupun untuk human consumption? Any forms of product originated from tobacco including any mixed contain tobacco which is design for human consumption.

Ini kita perlu tahu daripada Yang Berhormat Menteri. Janganlah kata hendak lulus terus, hendak lulus terus. Ahli-ahli Yang Berhormat di sini, kita di sini untuk kita bertanggungjawab untuk menjadi kepentingan negara dan juga menjaga supaya imej negara ini tak dicemarkan seperti Yang Berhormat Batu Pahat. Dia hendak lulus sahaja. Sokong terus, buta-buta sokong. Itulah masalah dia, perbezaan antara BN dengan...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, siapa provokasi itu Yang Berhormat?

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Yang Berhormat Subang itu hari, mana ada saya cakap.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dia kacau Tuan Pengerusi. [Ketawa] Itu kacau pula. Dia tak pinta hendak bahas perkara ini, dia hendak kacau saya. Janganlah iri!

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada fasal 89 juga. Pada halnya, ada banyak lagi. Cumanya kita hendak ambil perhatian kepada, rujuk kepada perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan yang penting. Fasal 89 (1) – The Minister may by order published in the Gazette exempt, subject to such terms and conditions as he may deem fit to impose, any person, class of person, any activity or class of activities relating to kenaf, kenaf product, yang ini yang serius Tuan Pengerusi. Tobacco or tobacco product from any provisions of this Act.

Ini juga amat serius, ini. Ini ada kuasa. So, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya tak mahu nanti kata nak cakap asas dasar. Saya hendak minta penjelasan ini. Kenapa kita tidak ada satu kuasa untuk mengecualikan? Di mana kecualikan tobacco ataupun tobacco product from any or any of the provisions of this Act.

Ini bermakna, dalam bacaan oleh sayalah, mungkin Yang Berhormat Menteri lebih fasih dalam perkara ini. Ini bermakna bahawa menteri ada kuasa untuk mengecualikan rokok-rokok di bawah akta ini. FCTC pun tak guna juga Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, tolonglah tengok perkara ini dengan serius. Kalau fasal-fasal yang sedemikian diluluskan, kita gerenti telah bercanggah dengan FCTC. Saya rasa pegawai-pegawai Menteri Kesihatan pun sakit hati di belakang itu. Saya tahu. Tengok muka-muka mereka pun sudah sedih.

Yang Berhormat Menteri, kenapakah kita perlu satu kuasa untuk mengecualikan produk-produk tobacco seperti rokok daripada akta ini? Sedangkan akta ini untuk menggalakkan tanaman gantian, kenaf. Di sini...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sebab Kelantan masih banyak tembakau. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat. Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya harap Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya sudah tegur Yang Berhormat. You

don’t speak ataupun me to take it out because of that.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, no. I don’t expect Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila teruskan.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila teruskan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Bukan Yang Berhormat sahaja. Kena tunjuk Yang Berhormat dari Batu Pahat.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Saya sudah tegur Yang Berhormat. Itu saya katakan, saya sudah tegur.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, Tuan Pengerusi, saya mahu cakap Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Banyak cara menegur.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Okey.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Banyak cara menegur. Tuan Yang di-Pertua, cara dia lain. Kita cara yang lain Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Pengerusi. No, ini sangat serius Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sila tengok dalam fasal 89(1) ini. Sila beri penjelasan yang jelas di sini, kenapakah kita perlu ada satu peruntukan sedemikian untuk mengecualikan tobacco product, produk-produk tobacco di bawah akta ini?

Kalau, jangan kata tak akan, oleh kerana ada peruntukan ini. Kalaulah tobacco, produk-produk tobacco seperti rokok dikecualikan, bukankan FCTC pun tak guna?

■1210

Apa-apa yang kita hendak sudah tandatangani di antarabangsa tidak guna. Kertas FCTC ini adalah dengan izin waste paper seperti toilet paper dengan izin. So saya harap Yang Berhormat Menteri beri penjelasan yang tepat jangan kata “luluslah” seperti tadi. Sila beri penjelasan, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Pengerusi terima kasih. Mengenai apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai fasal 36, 69 dan 89 sebenarnya semua perkara ini adalah perkara-perkara yang patut dihuraikan dalam masa peringkat dasar. Sekarang kalau Yang Berhormat tidak setuju dengan fasal 36, 69 dan 89; Yang Berhormat perlulah sebutkan apanya Yang Berhormat hendak pindakan. Kalau hendak pinda sesuatu kenalah huraikan dan juga ada notis. Itulah cara yang kita bahaskan dalam peringkat jawatankuasa. Itu caranya Yang Berhormat dan saya rasa tidak perlulah jawab semua yang dihuraikan tadi itu.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baik.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi, yang saya tanya minta penjelasan. Inilah peringkat jawatankuasa...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia ada jawab dah, dia kata tidak perlu dia huraikan semua. Itu jawapan Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Oh, itu jawapan?

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak apalah Yang Berhormat tidak suka....

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu tidak ada standard itu....

Dato’ Haji Lilah bin Yassin [Jempol]: Yang Berhormat Wangsa Maju lagi tidak standard. Waktu bahas tidak hendak cadang.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dia mesti berilah penjelasan yang kita tanya itu.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Janganlah sokong-sokong sahaja dengan buta.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju terima kasih.

Fasal-fasal 27 hingga 106 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula

Rang undang-undang dilaporkan dengan ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Tiada ulasan: