27 Ogos 2008

Peratus Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia - Mengikut Etnik

15. Dato' Seri Ong Ka Ting [Kulai] minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) jumlah dan peratus Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia mengikut etnik dan gred pangkat daripada tahun 2007 hingga Jun 2008; dan

(b) jumlah orang awam yang memohon jawatan perkhidmatan awam dan peratus kejayaannya mengikut etnik daripada tahun 2007 hingga Jun 2008.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah pegawai dalam Perkhidmatan Awam yang tidak termasuk tentera dan polis pada Jun 2008 adalah seramai 865,257 pegawai. Daripada jumlah tersebut, 88.1% adalah bumiputera, 7.2% Cina, 4.2% India dan 0.4% kaum-kaum lain. Kaum-kaum lain ini macam Portugis, Siam. Peratus pegawai perkhidmatan awam mengikut gred kenaikan pangkat atau Kumpulan Perkhidmatan menunjukkan 0.3% dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 25.8% Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau singkatannya P&P dan 73.9% dalam Kumpulan Sokongan. Daripada jumlah ini, pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut;

Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi:

Kaum

Jumlah (%)

Melayu

83%

Cina

9.7%

India

6.4%

Lain-lain

0.9%

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P):

Kaum

Jumlah (%)

Melayu

83.8%

Cina

10.8%

India

5%

Lain-lain

0.4%

Kaum

Jumlah (%)

Melayu

89.7%

Cina

6%

India

3.9%

Lain-lain

0.4%

Bagi soalan (b), jumlah permohonan yang diterima bagi tahun 2007 adalah sebanyak 760,840 dan daripada jumlah ini, 5% calon kaum Melayu, 10.3% calon kaum Cina dan 6.4% calon kaum India yang telah dilantik. Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2008, jumlah permohonan adalah sebanyak 797,973 dan daripada jumlah tersebut yang telah dilantik ialah;

Kaum

Jumlah (%)

Melayu

3.1%

Cina

6.4%

India

5.3%

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab untuk pagi ini kita habiskan

Tiada ulasan: