07 September 2020

Parlimen 26 Ogos 2008

DEWAN RAKYAT - PARLIMEN KEDUABELAS
PENGGAL PERTAMA, MESYUARAT KETIGA


JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
"jumlah pegawai dalam Perkhidmatan Awam yang tidak
termasuk tentera dan polis pada Jun 2008 adalah seramai 865,257
pegawai. Daripada jumlah tersebut, 88.1% adalah bumiputera, 7.2% Cina,
4.2% India dan 0.4% kaum-kaum lain"
"bukti yang mendorong sektor perkhidmatan mencapai
pertumbuhan 8.5% setahun termasuk prestasi subsektornya perdagangan
borong dan runcit, penginapan dan restoran. Setakat manakah kesulitan ekonomi dunia menjejaskan sektor ini"
"menjadikan Lahad Datu sebagai ‘a future shipping hub for vegetable oils’ di bawah Projek Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) yang merupakan ‘cluster’ kelapa sawit yang pertama di Asia, demi membangunkan Daerah Lahad Datu menjadi ‘Rotterdam of the East’"
"kerana kenaikan harga barang-barang perlu membebankan
terutama sekali golongan berpendapatan rendah tidak mungkinkah kerajaan
berunding semula dengan pemegang konsesi IPP dan lebuh raya untuk
meringankan beban kos hidup yang bertambah-tambah sekarang ini"
"Ini adalah satu dasar diskriminasi dan kenapa semasa
pilihan raya peruntukan akan diberikan kepada sekolah-sekolah SJK(C)
atau sekolah bantuan tetapi selepas pilihan raya, secara dasar tidak
boleh memberi peruntukan dan di Permatang Pauh, RM1.5 million sudah diberi"
"sejumlah kurang lebih RM1 bilion diberi oleh Kerajaan
Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk membina dan menaik taraf jalan
raya luar bandar, sejumlah 73 projek yang melibatkan 500.70km"
"pada tahun 2007 jumlah pesakit yang memerlukan rawatan
hemodialisis di hospital-hospital negeri Johor berjumlah 102 orang
pesakit"
"jumlah sumber pendapatan negara yang bergantung kepada hasil petroleum mengikut tahun sejak 2004. Benarkah
angka terkini melebihi 45% dan apakah langkah-langkah yang mesti
diambil bagi memastikan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada hasil
yang akhirnya akan kehabisan"
"Melalui program ini, tenaga elektrik yang dihasilkan
daripada sistem solar tersebut boleh digunakan terus bagi mengurangkan
bil tenaga elektrik serta dijual kepada pihak utiliti bagi sebarang
lebihan elektrik yang tidak dapat digunakan oleh seseorang pemaju projek"
"mencadangkan kepada kerajaan supaya skim gaji
doktor-doktor perubatan kerajaan diberi seperti gaji pegawai-pegawai di
syarikat GLC untuk mengurangkan mereka berhijrah ke sektor swasta"
"mengapa pihak MARA membuat keputusan menarik balik
penyertaan Ekspo Makanan Halal yang diadakan di Kelantan pada 26 Julai
2008 yang mana pada awalnya pihak MARA bersetuju menyewa 60 lot tapak
ekspo tersebut. Apakah keputusan tersebut adalah keputusan politik kerana Kelantan adalah di bawah pemerintahan Kerajaan PAS"
"mengesyorkan supaya pihak berkuasa tempatan atau PBT dan pengeluar pan tandas tempatan supaya menggalakkan penggunaan sistem dua simbahan atau duo flush,
dengan izin atau sistem satu simbahan dengan kuantiti air setiap
simbahan tidak melebihi 6 liter bagi menjimatkan penggunaan air"


RANG UNDANG-UNDANG: