27 Ogos 2008

Naik Taraf Jalan - Sabah

9. Datuk Siringan Gubat [Ranau] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan tindakan yang telah diambil tentang permohonan menaik taraf jalan raya dari Kg. Bongkud ke Kg. Langsat memandangkan kepesatan penduduk di kampung-kampung sekitar semakin bertambah.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah kurang lebih RM1 bilion diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk membina dan menaik taraf jalan raya luar bandar, sejumlah 73 projek yang melibatkan 500.70km. Terima kasih kepada kerajaan.

Akan tetapi dalam konteks ini dalam perkara ini, malangnya sehingga kini kementerian belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa Kerajaan Negeri Sabah berhubung dengan cadangan menaik taraf jalan raya dari Kampung Bongkud ke Kampung Langsat. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sebelum Yang Berhormat bertanya, saya berharap jangan introduce istilah loto itu lagi dalam Dewan, Yang Berhormat ya.

Datuk Siringan Gubat [Ranau]: Ada jaminan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat.

Datuk Siringan bin Gubat [Ranau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya ingin bertanya apakah jaminan dan tindakan kementerian Yang Berhormat Menteri supaya jalan raya ini akan dilaksanakan sama ada dalam midyear term review ataupun dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ini? Sekian.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya katakan tadi di dalam kajian penggal kedua ini tidak ada permintaan daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan raya berkenaan. Ini bererti terkenalah kepada Ahli Yang Berhormat Ranau tadi untuk mengemukakan, beritahu kepada kerajaan negeri supaya jalan raya ini dikemukakan kepada kementerian saya. Dari itu, kita boleh mengambil tindakan dengan sewajarnya mungkin di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Untuk memastikan bahawa jalan raya ini dapat dinaiktarafkan, saya alu-alukan Yang Berhormat berjumpa saya di pejabat. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: